Posts

Pengalaman di kolej.

 Kolej Tan Sri Aishah Ghani,      Mercu Tanda Warga Wibawa, Misi Visi Semat Di Jiwa,      Pemangkin Siswa Bijak Dan Cakna.     Lagu yang diciptakan oleh Khairul Daniel, merupakan seorang Pegawai Kebudayaan di UPM. Kolej Tan Sri Aishah Ghani, dahulu namanya adalah Kolej Muhammad Rashid, kemudian ditukar kepada Kolej Matrikulasi UPM yang menempatkan pelajar-pelajar asasi sekitar tahun 90'an. Seterusnya ditukar kepada Kolej 13, dan kemudian pada tahun 2024 ditukar kepada nama Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Nama kolej diberikan atas nama beliau bagi memberi penghormatan atas jasa yang telah beliau berikan untuk membangun Malaysia moden. Beliau adalah Menteri Kebajikan Am sekitar tahun 1973-1983, kemudian nama jabatan kementerian bertukar kepada Menteri Kebajikan Masyarakat dan beliau berkhidmat selamat satu tahun di dalam Jabatan tersebut. Beliau adalah wanita Malaysia pertama yang menjadi Senator dalam Dewan Negara dan wanita Malaysia pertama menja...

Agama

       Agama merupakan suatu kepercayaan, dimana manusia tahu akan wujud pencipta yang menciptakan dirinya, bumi ini, dan alam semesta. Kepercayaan beragama mengikut sejarah sains, sudah pun ada sejak 40,000 tahun yang lalu dimana pada zaman batu, manusia purba mula menyembah alam ataupun kepercayaan Animisme. Selain itu, agama-agama besar seperti Hinduism dipercayai berakar umbi lebih dari 3,000 tahun yang lalu di kawasan India kuno. Agama-agama lain seperti Zoroastrianisme, yang dipercayai muncul sekitar 3,000 tahun yang lalu, juga merupakan agama tertua yang diketahui.      Secara keseluruhan, agama telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia sejak zaman awal lagi, sebagai usaha manusia memahami alam semesta, hidup, dan kematian. Jadi, boleh dikatakan bahawa agama telah wujud selama beribu-ribu tahun dan terus berkembang hingga ke hari ini.      Secara rasmi, agama Islam ialah agama rasmi Malaysia, dan majoriti penduduk negar...

Seni dan Budaya.

     Ketika saya berumur 14 tahun, saya mempelajari seni mempertahankan diri, Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi. Akibat selalu dibuli disekolah, ibu mengesyorkan agar saya mempelajari ilmu mempertahankan diri. Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah satu cabang seni mempertahankan diri Melayu yang diasaskan semula oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad pada tahun 1965. Beliau telah memperkenalkan seni silat ini kepada masyarakat moden setelah mewarisinya daripada guru silat terdahulu yang merahsiakan ilmu ini selama beberapa generasi. Seni silat ini membawa misi untuk memartabatkan seni bela diri Melayu sebagai satu bentuk pendidikan akhlak, fizikal dan mental .      Seni Silat Cekak berasal dari zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah di Kedah. Ia pada mulanya diajarkan kepada para hulubalang istana bagi mempertahankan negeri dan raja. Namun, setelah lama disimpan, ilmu ini diwariskan kepada Ustaz Hanafi, yang mengambil inisiatif untuk menyebarkannya kep...

Pakaian Tradisional.

     Baju Melayu merupakan pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Malaysia. Ia bukan sekadar sehelai pakaian, tetapi simbol budaya, adat, dan jati diri bangsa yang diwarisi turun-temurun. Pakaian ini lazimnya dikenakan oleh kaum lelaki dalam pelbagai majlis, sama ada yang bersifat keagamaan, rasmi, mahupun sosial.        Secara asasnya, Baju Melayu terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu baju berlengan panjang dan seluar panjang yang biasanya dibuat daripada kain yang sedondon. Pakaian ini sering digandingkan dengan samping , iaitu kain berlipat yang diikat di pinggang, serta songkok atau tanjak sebagai pelengkap penampilan. Terdapat dua jenis utama Baju Melayu, iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga. Baju Cekak Musang mempunyai kolar tegak dengan beberapa butang di bahagian hadapan, manakala Teluk Belanga pula berleher bulat tanpa kolar, biasanya disulam dengan motif halus di sekelilingnya.  ...

Makanan Tradisional.

       Alhamdulillah saya berasa amat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia, tempat tumpahnya darahku. Malaysia adalah negara dengan kepelbagaian budaya dan agama, yang mana dengan kepelbagaian ini, makanan adalah perkara yang sentiasa menjadi debat dalam setiap perjumpaan saya dengan sesiapa pun. Saya dilahirkan di Klang, Selangor dengan kawan-kawan saya yang terdiri daripada semua etnik kaum. Meskipun saya dikelilingi masyarakat pelbagai kaum, saya juga tidak lari daripada adat dan makanan tradisional dari kampung halaman saya yang berada di Melaka dan Muar, Johor.     Kalau orang Malaysia selalu order roti canai di kedai mamak saya akan memesan Tosai. Tosai adalah makanan tradisional kaum India, saya mula mengenali makanan ini selepas kawan saya yang berbangsa India memesan makanan ini di kedai makan ketika saya masih berada di sekolah rendah. Makanan ini diperbuat daripada beras yang dihancurkan dan diperam dengan tepung dan air. Proses peraman mengam...

Pengalaman membaca buku kreatif.

      Terus terang, saya tidak suka membaca satu buku yang akan membuatkan saya rasa bosan. Sejak dibangku sekolah novel-novel remaja yang diberikan oleh kawan saya, hanya dibaca separuh jalan kerana jalan cerita yang kurang menarik dan berulang-ulang. Sehinggalah saya ditemukan dengan buka Aku Darah Anak Malaysia ciptaan Ramlee Awang Murshid. Jalan cerita yang menarik, penuh aksi, dan siasatan yang mana plotnya sukar di agak. Kemudian saya tertarik dengan buku Leftenan Adnan Wira Bangsa tulisan Abdul Latip Talib dari buku skema komsas.      Ketika tamatnya SPM, saya mula membaca buku-buku novel pendek dari Jepun. Disebabkan ibu saya telah mengumpulkan sejumlah wang untuk kami sekeluarga bercuti ke sana, saya diarahkan oleh ibu untuk mempelajari bahasa Jepun dengan sendiri. Namun, hasrat bercuti ke Jepun terkubur apabila Covid-19 berlaku. Ia tidak menghentikan saya untuk terus mempelajari bahasa Jepun dan membaca karya kreatif mereka. Saya mula tertarik den...

Pengalaman kembara.

      Saya pernah mengembara ke Bandung bersama keluarga selama 5 hari 4 malam. Saya terpaksa meninggalkan kerja yang berlambak dari pejabat, kerana perancangan ibu adalah mengejut. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kertajati mengambil masa selama 2 jam setengah. Setibanya di Bandung, suasana Lapangan Terbang yang baru dibina amat sunyi. Di ruang ketibaan, seorang jurupandu dari agensi pelancongan membawa kami ke lokasi pertama iaitu di Rumah Kain Sulam OH 8EST. Disana kain-kain batik yang dijual sangat cantik, aku membeli dua pasang kain batik dimana satu berlengan pendek berelemen kan fauna dan satu lagi berlengan panjang dengan elemen flora. Di Bandung sedikit sejuk, cuacanya hanyalah 25 darjah celcius pada sekitar tengah hari. Setelah itu kami mencari makan, di satu kedai berdekatan dengan bandar Bandung. Makanan ditempat yang kami singgah adalah makanan yang banyak terinspirasikan oleh makanan Thailand. Rasanya biasa sahaja seperti makan di kedai tomyam yang...