Pengalaman di kolej.
Kolej Tan Sri Aishah Ghani,
Mercu Tanda Warga Wibawa,
Misi Visi Semat Di Jiwa,
Pemangkin Siswa Bijak Dan Cakna.
Lagu yang diciptakan oleh Khairul Daniel, merupakan seorang Pegawai Kebudayaan di UPM. Kolej Tan Sri Aishah Ghani, dahulu namanya adalah Kolej Muhammad Rashid, kemudian ditukar kepada Kolej Matrikulasi UPM yang menempatkan pelajar-pelajar asasi sekitar tahun 90'an. Seterusnya ditukar kepada Kolej 13, dan kemudian pada tahun 2024 ditukar kepada nama Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Nama kolej diberikan atas nama beliau bagi memberi penghormatan atas jasa yang telah beliau berikan untuk membangun Malaysia moden. Beliau adalah Menteri Kebajikan Am sekitar tahun 1973-1983, kemudian nama jabatan kementerian bertukar kepada Menteri Kebajikan Masyarakat dan beliau berkhidmat selamat satu tahun di dalam Jabatan tersebut. Beliau adalah wanita Malaysia pertama yang menjadi Senator dalam Dewan Negara dan wanita Malaysia pertama menjadi wakil ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
Ketika sesi orientasi selama seminggu, pelbagai aktiviti menarik yang dapat kami terokai di dalam Dewan Besar UPM. Mengenali dimana setiap fakulti yang berada, setiap kemudahan yang disediakan dan sudah tentu bantuan yang mampu UPM berikan kepada pelajar. Namun, sehari sebelum program orientasi tamat, saya mengalami demam teruk. Puncanya mungkin disebabkan oleh latihan bagi program MTB yang mana kami akan berlatih sehingga ke pukul 2 pagi. Saya dihantarkan ke hospital UPM kerana suhu badan terlampau dan kurang berkemampuan untuk berjalan. Sungguh pun saya sakit (Saya masih bertongkat ketika semester satu kerana patah tulang jari kaki), Kolej Tan Sri Aishah Ghani sedia membantu saya dan memastikan keadaan kesihatan saya terjaga.
Pengalaman paling manis di dalam kolej ini adalah di mana saya menjadi penyanyi bagi beberapa acara untuk Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Saya menyanyi untuk kumpulan Kugiran Ghanie's bagi acara Pesta Konvokesyen. Seterusnya saya menyanyikan lagu raya bagi Jamuan Raya Kolej 14 dan 12, saya mewakilkan Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Walaupun tidak menang bagi beberapa acara tersebut, kami tahu bahawa kami harus berlatih lagi bagi menajamkan kemahiran muzik kami. Ada juga kenangan pahit, apabila pihak Kolej membuat keputusan untuk mengetepikan Kugiran kami dan hanya mahu saya sahaja bernyanyi. Saya, menolak kemahuan mereka kerana, saya berlatih dengan pasukan saya selama tiga minggu dan dengan usaha mereka terkubur, usaha saya juga terkubur.
Saya juga menghadiri program Kem pencarian Majlis Perwakilan Kolej. (MPK) Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Kerana pihak MPK melihat saya mempunyai potensi sebagai ketua. Namun, selepas tamatnya Kem, saya menolak untuk menjadi MPK, kerana komitmen Kugiran dan pertubuhan Kelab Kajian dan Budaya Jepun pada semester akan datang di mana saya adalah Kaichou (Presiden) kelab tersebut.
Comments
Post a Comment