Isu Semasa.
Banyak kejadian yang baik dan buruk menimpa di Malaysia mahupun dunia. Pada awal bulan Jun 2025, negara dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa penuntut Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI) dimana bas yang dinaiki mereka terbabas menyebabkan sebilangan besar pelajar mengalami cedera parah dan beberapa lagi cedera ringan. 15 daripada mereka meninggal dunia akibat impak dari kemalangan dimana bas tersebut terbabas mengiring ke sisi kiri bas dan menghempap penghadang jalan. Kisah mereka ini tragik sekali, kecuaian pemandu bas yang membawa secara melulu menyebabkan bas hilang kawalan dan nyawa tergadai. Sejak dari kes ini, semakin bertambah isu berkaitan kenderaan berat yang membawa secara merbahaya di atas jalan raya.
Kerajaan juga telah cuba mengetatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat di atas jalan raya, dengan menyarankan agar kenderaan berat ini ditambahkan pengehad kelajuan pada setiap kenderaan berat. Namun, dengan hanya sekadar penguatkuasaan juga tidak mencukupi. Keselamatan jalan raya di Malaysia juga seharusnya ditambah baik. Penghadang yang berada di sisi jalan raya juga amat merbahaya juga kepada pengguna jalan raya. Terdapat kes dimana penunggang motosikal hilang kawalan dan terlanggar penghadang sisi jalan yang agak tajam, sehingga kakinya terputus dek kerana penghadang jalan. Bukan itu sahaja, kemalangan melibatkan kenderaan ringan dan berat terlanggar penghadang sisi jalan dan menembusi ke ruang perut kenderaan. Kerajaan seharusnya prihatin terhadap keselamatan jalan raya untuk kegunaan masyarakat sejagat.
Sementara itu, negara haram Israel mula membedil Iran dengan peluru berpandu jarak jauh yang mereka dapat dari Amerika Syarikat. Iran membalas semula dengan melancarkan serangan peluru berpandu hipersonik mereka kepada negara haram Israel. Buat pertama kalinya Israel menerima serangan balas yang dahsyat dimana sistem pemintas Iron Dome Israel tidak dapat menghalang peluru berpandu hipersonik daripada Iran. Ketegangan makin bertambah apabila Amerika Syarikat masuk campur dalam hal ini, bukan dengan perbincangan tetapi dengan menyerang tiga stesen janakuasa nuklear milik Iran. Qatar menjadi mangsa Iran apabila Iran menyerang Pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar. Serangan dari Iran menyebabkan Amerika Syarikat mengadakan perbincangan gencatan senjata diantara negara haram Israel dan Iran. Namun, sejauh mana perkara ini akan berterusan? Negara haram Israel tidak boleh dipercayai sejak dari tahun 1940-an, dan serangan balas daripada Israel masih lagi berlaku walaupun gencatan senjata telahpun diisytiharkan. Dunia masih lagi tidak nampak nasib umat Islam yang sentiasa ditindas diatas bumi ciptaan tuhan. Gaza dibedil setiap hari sehingga menjadi padang jarak pada terukur, semua mahukan kehidupan senang, namun nasib mereka ditutup mata, malah difitnah mereka sebagai pengganas dan penjahat dunia. Hanya Allah sahaja yang mendengar rintihan mereka di dalam runtuhan-runtuhan batu.
Tahun 2025, bukanlah tahun yang terbaik bagi keamanan. Rakyat Malaysia semakin kurang jiwa, dan bahasa. Penyakit hati kian berleluasa, akhlak dan adab semakin di ketepikan. Amalan songsang semakin bertambah, dek kerana budaya barat yang dibawa ke dalam negara. Hati tenat, akhlak tenat, adab tenat, jiwa tenat, dan bumi tenat.
Comments
Post a Comment