Pengalaman membaca buku kreatif.
Terus terang, saya tidak suka membaca satu buku yang akan membuatkan saya rasa bosan. Sejak dibangku sekolah novel-novel remaja yang diberikan oleh kawan saya, hanya dibaca separuh jalan kerana jalan cerita yang kurang menarik dan berulang-ulang. Sehinggalah saya ditemukan dengan buka Aku Darah Anak Malaysia ciptaan Ramlee Awang Murshid. Jalan cerita yang menarik, penuh aksi, dan siasatan yang mana plotnya sukar di agak. Kemudian saya tertarik dengan buku Leftenan Adnan Wira Bangsa tulisan Abdul Latip Talib dari buku skema komsas.
Ketika tamatnya SPM, saya mula membaca buku-buku novel pendek dari Jepun. Disebabkan ibu saya telah mengumpulkan sejumlah wang untuk kami sekeluarga bercuti ke sana, saya diarahkan oleh ibu untuk mempelajari bahasa Jepun dengan sendiri. Namun, hasrat bercuti ke Jepun terkubur apabila Covid-19 berlaku. Ia tidak menghentikan saya untuk terus mempelajari bahasa Jepun dan membaca karya kreatif mereka. Saya mula tertarik dengan karya-karya kreatif dari Jepun, seperti Hachiko: The True Story of Loyal Dog salah satu buku yang saya baca membuat saya menangis ketika membaca buku ini di Perpustakaan Raja Tun Uda. Sejak dari itu, saya mula membaca buku-buku penulisan kreatif Jepun, termasuklah novel grafik dan Manga (Buku Komik Jepun) yang mula membawa saya kepada mengenali dunia animasi Jepun yang banyak mengadaptasikan penulisan-penulisan kreatif ini. Penulisan pengkarya Jepun banyak menerapkan sosial gaya hidup dan budaya mereka. Bukan itu sahaja, penulisan mereka sentiasa ada gaya dan teknik baharu yang diterapkan. Penulis kegemaran saya dari Jepun sudah semestinya Haruki Murakami, dengan buku yang saya baca dan pinjam dari kawan yang belajar di Jepun, yang mencadangkan buku bernama Kafka On The Shore.
Sejak mengenali penulisan kreatif dari luar, setiap kali saya melawat kedai-kedai buku di kawasan sekitar saya, perasaan hambar mula muncul. Setiap genre yang dibawa oleh kebanyakkan penulis di Malaysia bersifatkan drama cinta dengan plot anak dato', cerita hantu dengan plot memasuki rumah, kondo atau hospital berhantu ataupun mengenai sumpahan dan saka di sana-sini. Skop penulis kegemaran saya masih lagi Ramlee Awang Murshid, selepas membaca buku Tombirou dan Beberapa siri Sunan.
Setelah memasuki menara gading, terutamanya UPM. Saya akhirnya mengenali, penulisan-penulisan lain seperti Hatimu Aisyah penulisan Dr. Zurinah Hassan dan Salju di Shibuya penulisan Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh. Penulisan sasterawan negara membuka mata saya bahawa masih wujud penulisan kreatif setanding negara luar dalam tanah air kita.
Comments
Post a Comment