Pengalaman kembara.

      Saya pernah mengembara ke Bandung bersama keluarga selama 5 hari 4 malam. Saya terpaksa meninggalkan kerja yang berlambak dari pejabat, kerana perancangan ibu adalah mengejut. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kertajati mengambil masa selama 2 jam setengah. Setibanya di Bandung, suasana Lapangan Terbang yang baru dibina amat sunyi. Di ruang ketibaan, seorang jurupandu dari agensi pelancongan membawa kami ke lokasi pertama iaitu di Rumah Kain Sulam OH 8EST. Disana kain-kain batik yang dijual sangat cantik, aku membeli dua pasang kain batik dimana satu berlengan pendek berelemen kan fauna dan satu lagi berlengan panjang dengan elemen flora. Di Bandung sedikit sejuk, cuacanya hanyalah 25 darjah celcius pada sekitar tengah hari. Setelah itu kami mencari makan, di satu kedai berdekatan dengan bandar Bandung. Makanan ditempat yang kami singgah adalah makanan yang banyak terinspirasikan oleh makanan Thailand. Rasanya biasa sahaja seperti makan di kedai tomyam yang ada di Malaysia, namun harga makanan-nya agak mahal hampir 300,000 Rupiah (RM100+-) dibelanjakan untuk enam orang makan, mungkin kerana makanan Thailand dianggap eksotik di Bandung. Setelah itu, kami pulang berehat ke Hotel setelah seharian membeli-belah.

    Hari kedua, kami pergi ke satu daerah Kecamatan Lembang. Pagi itu kami melawat ke satu tempat yang dipanggil The Lodge Maribaya. Pemandangan disana hampir serupa dengan pemandangan gunung-gunung di Eropah. Bukit menghijau, langit biru, dan udara segar; cuaca sejuk juga membuatkan tempat itu berasa nyaman dan selesa. Berdekatan dengan The Lodge Maribaya ada juga The Fairy Garden, seperti mini zoo dengan haiwan-haiwan yang comel dan kecil seperti arnab, kambing dan kuda padi. Setelah itu kami bergerak ke Bandung, kami dibawa ke satu kedai yang sangat terkenal dengan kualiti kainnya. Saya berpeluang membeli satu suit dengan kain italian, yang lembut seperti baldu. Suit lengkap itu bernilai 600,000 Rupiah (RM300+-), namun apa salahnya kalau nak membeli satu suit lengkap, Di Malaysia satu suit lengkap boleh mencecah lebih daripada RM500, jadi saya menggunakan peluang yang saya ada di Bandung untuk berbelanja sebaik mungkin.

    Hari ketiga, kami bergerak ke Kecamatan Ciwidey yang mana terdapatnya satu tarikan Kawah Air Panas Putih. Untuk ke Kawah Putih, mereka akan menyediakan satu pengangkutan yang khas dari kaki gunung menuju ke puncak iaitu kawasan Kawah Putih terletak. Kenderaan mereka kecil, namun boleh memuatkan hampir 10 orang penumpang dalam satu-satu masa. Perjalanan dari kaki gunung ke puncak mengambil masa lebih kurang setengah jam, dengan kenderaan kecil mereka yang diubahsuai, perasaan naik ke puncak itu ibarat menaiki kereta lumba rally. Setibanya di puncak, bau sulfur menyapa kami. Menandakan adanya air panas berdekatan. Pemandangan Kawah putih dan air panas seakan berada di negara matahari tebit. Suasana yang sejuk dan nyaman, disambut oleh kehangatan daripada kawah air panas yang membiru. Kemudian kami ke Rancabali, kawasan tarikan yang juga terkenal dengan kawasan air panas yang mengalir bak berada di Onsen. Untuk ke kawasan itu kami harus mengharungi jambatan gantung dan flying fox. Setelah menyeberangi ke kawasan kolam air panas, kami harus menuruni bukit yang sedikit curam dengan laluan batuan kapur yang agak licin. Kolam air panas mereka mengalir dari perut bumi yang panas, dari puncak kawah putih turun ke kawasan kolam yang terbentuk daripada hakisan air. 

    Hari keempat, kami hanya membeli belah di kawasan bandar Bandung. Walaupun nama Bandung gah dek kerana muka bumi dan keindahan alam. Selepas melihat kota Bandung, saya merasakan kembali ke zaman 80-an. Penjaja bakso dan ayam gepok di sana-sini, pengemis dari pelbagai lapisan masyarakat, kenderaan pula mereka masih menggunakan keldai dan kuda untuk mengangkut barang perniagaan. Makanan di gerai-gerai sana hanya menjual bakso dan ayam gepok sahaja, selain dari itu makanan dianggap amat mewah, dengan satu hidangan bernilai hampir 40,000 Rupiah (RM10) masyarakat di sana kurang gemar makan di kedai-kedai dan warung. Jalan raya juga tidak diselenggara selama hampir satu dekad, lebuhraya baharu dengan keadaan jalan beralun dan berlobang dek kerana hakisan hujan dan struktur jalan yang kurang kualiti. Memasuki jalan bertol adalah berharga lebih kurang 20,000 Rupiah (RM5). 

    Hari kelima, kami berangkat pulang. Bergerak dari hotel ke Lapangan Terbang Kertajati. Setibanya disana, ibu dan bapa ku memberikan wang saku sebanyak RM300 duit Malaysia kepada pemandu pelancong kami. Saya dan kakak juga tidak terkecuali, memberikan sedikit wang saku sebanyak RM100 duit Malaysia kepada pemandu pelancong. Tanpa pemandu pelancong itu kami mungkin sesat atau sukar untuk ke kawasan yang ingin di tuju. Beliau tidak pernah menukar shift kerja meskipun diajak untuk tukar berkali-kali oleh rakan sekerjanya. Wajarlah untuk kami memberikan sedikit ataupun cukup-cukup sahaja kepada pemandu pelancong, selama lima hari dia telah mengeluarkan duit sendiri untuk bergerak dari Hotel ke tempat tarikan. 

    Perjalanan pulang ke Malaysia terasa amat nostalgik. Penerbangan Malaysia Airlines, mereka menghidangkan makanan seperti nasi lemak dan air pilihan salah satunya adalah teh tarik. Lagu yang saya pasangkan di telinga aku disambut oleh Jaclynn Victor dan Rio Febian dengan lagu Ceritera Cinta, duo penyanyi Malaysia dan Indonesia. Setibanya di tanah air, perkara pertama yang kami lakukan setelah mendapat kereta adalah bergerak ke kedai mamak. Pilihan makanan di tanah air tidak setanding di Indonesia, buat pertama kalinya kami rindu akan masakan di tanah air sendiri. Namun, walaupun pilihan makanan di Indonesia tidak setanding Malaysia, di Indonesia hasil bumi dan keindahan alam amat terserlah, jalan berbukit, cerun yang menghijau, langit biru berlatarkan gunung-ganang dan sawah padi dilereng bukit. pengalaman paling mahal dalam hidup saya, membuatkan saya tertanya bagaimana dunia diluar sana kelihatan...

Comments

Popular posts from this blog

Isu Semasa.

Pengalaman membaca buku kreatif.

Makanan Tradisional.