Agama

     Agama merupakan suatu kepercayaan, dimana manusia tahu akan wujud pencipta yang menciptakan dirinya, bumi ini, dan alam semesta. Kepercayaan beragama mengikut sejarah sains, sudah pun ada sejak 40,000 tahun yang lalu dimana pada zaman batu, manusia purba mula menyembah alam ataupun kepercayaan Animisme. Selain itu, agama-agama besar seperti Hinduism dipercayai berakar umbi lebih dari 3,000 tahun yang lalu di kawasan India kuno. Agama-agama lain seperti Zoroastrianisme, yang dipercayai muncul sekitar 3,000 tahun yang lalu, juga merupakan agama tertua yang diketahui.

    Secara keseluruhan, agama telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia sejak zaman awal lagi, sebagai usaha manusia memahami alam semesta, hidup, dan kematian. Jadi, boleh dikatakan bahawa agama telah wujud selama beribu-ribu tahun dan terus berkembang hingga ke hari ini.

    Secara rasmi, agama Islam ialah agama rasmi Malaysia, dan majoriti penduduk negara ini beragama Islam. Islam memainkan peranan penting dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, termasuk dari segi undang-undang dan budaya. Walau bagaimanapun, negara ini turut mengiktiraf dan menghormati agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, dan kepercayaan tradisional masyarakat pribumi.

    Kebebasan beragama di Malaysia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak setiap rakyat untuk memeluk dan mengamalkan agama yang mereka percayai. Walaupun begitu, terdapat beberapa batasan tertentu yang perlu dipatuhi demi menjaga ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan atau menyinggung perasaan penganut agama lain akan diambil tindakan undang-undang.

    Walaupun wujud keharmonian beragama, Malaysia tidak lari dengan masalah ketegangan diantara agama. Setiap agama menuntut hak masing-masing diatas bumi Malaysia ini. Namun, Malaysia tidak mendiskriminasikan mereka, termasuk agama persekutuan iaitu Islam sendiri. Malaysia lebih menfokuskan kepada perpaduan setiap agama demi melahirkan masyarakat yang menghormati dan menyantuni antara satu sama lain. Tiada agama yang mengajar penganutnya untuk menyerang agama lain ataupun memberi sengketa kepada yang lain. Agama itu sendiri bertiangkan keamanan, akhlak dan adab.



Comments

Popular posts from this blog

Isu Semasa.

Pengalaman membaca buku kreatif.

Makanan Tradisional.